Menu
Pemberontakan Mexico Francisco I. MaderoFrancisco I. Madero merupakan salah seorang yang amat mempercayai bahawa Presiden Díaz harus melepaskan kuasa dan tidak bertanding semula. Bersama-sama dengan reformis muda yang lain, Madero mengasaskan Parti Anti-reeleccionista dan bertanding dalam pilihan raya presiden. Antara masa pilihan raya, Madero membuat perjalanan ke seluruh negara untuk berkempen memperjuangkan gagasannya.
Madero yang merupakan penyokong demokrasi yang tegas, berhasrat mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang mematuhi undang-undang, dan kejayaan gerakannya telah diperlihatkan oleh Presiden Díaz sebagai sebuah ancaman. Tidak lama sebelum pilihan raya umum 1910, Madero ditahan di Monterrey dan dipenjarakan di San Luis Potosi. Sewaktu menyedari bahawa Díaz ingin bertanding semula, Madero melarikan diri ke Amerika Syarikat pada Oktober 1910. Sewaktu dalam buangan, beliau mengeluarkan Rancangan San Luis, sebuah manifesto yang mengisytiharkan bahawa pilihanraya-pilihanraya Díaz merupakan penipuan dan beliau tidak mengakui Díaz sebagai Presiden Republik yang sah. Sebaliknya, Madera mengambil langkah yang amat berani dan mengisytiharkan diri sebagai Presiden Sementara sehingga pilihan raya yang baru diadakan. Madero berjanji untuk mengembalikan semua tanah yang dirampas daripada petani-petani, dan beliau membuat seruan untuk hak mengundi sejagat dan had satu penggal untuk presiden. Seruan Madero untuk pemberontakan pada 20 November 1910 menandakan permulaan Pemberontakan Mexico.
Menu
Pemberontakan Mexico Francisco I. MaderoBerkaitan
Pemberontakan Jeju Pemberontakan di Thailand Selatan Pemberontakan Kumpulan Wagner Pemberontakan Jesselton Pemberontakan Komunis di Sarawak Pemberontakan Komunis (1968-1989) Pemberontakan Sa'dah Pemberontakan Arab Pemberontakan Yihetuan Pemberontakan EasterRujukan
WikiPedia: Pemberontakan Mexico http://www.angelfire.com/rebellion2/projectmexico/... http://web.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer... http://www.presidentprofiles.com/Grant-Eisenhower/... http://www.getty.edu/research/conducting_research/... http://digitalcollections.smu.edu/cdm/search/colle... http://beinecke.library.yale.edu/digitallibrary/me... http://www.library.yale.edu/beinecke/ http://mexicanhistory.org/MexicanRevolutiontimelin... http://millercenter.org/president/taft/essays/biog... https://sites.smu.edu/cdm/cul/mex/